Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bitcoin semakin mendapat tempat

    NEW YORK, 5 Nov – Sekolah perniagaan AS sedang mempertingkat latihan dalam perisian yang mendasari mata wang digital bitcoin, satu teknologi yang dijangka menjadi pengubah permainan dalam kebanyakan industri.

    Tindakan tersebut masuk akal apabila lebih ramai pelajar mencari kerjaya dalam teknologi kewangan, atau “fintech,” yang telah menarik bank terkenal Wall Street dan telah digelar “teknologi paling penting sejak internet.”

    Pada Januari, Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California di Berkeley akan menawarkan kursus pertamanya dalam perisian rangkaian blok.

    Sekolah Haas, yang terletak berhampiran San Francisco dan Silicon Valley, akan memilih 60 orang pelajar daripada jabatan perniagaan, kejuruteraan dan undang-undang dan memecahkan mereka kepada enam kumpulan untuk meninjau aplikasi teknologi berkenaan.

    Teknologi bitcoin semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Salah sebuah sekolah perniagaan di AS mempertingkat latihan dalam perisian yang mendasari mata wang digital bitcoin – AFP

    “Apabila orang memikirkan tentang rangkaian blok, mereka fikir mengenai mata wang kriptogram,” demikian kata pensyarah sekolah Haas Greg LeBlanc, yang melihat teknologi berkenaan sebagai berpotensi menjejas banyak sektor.

    Ia pada asalnya dihasilkan sebagai kaedah perakaunan untuk bitcoin. Namun sementara mata wang kriptogram masih bersifat kontroversi dengan sesetengah pelabur dalam kewangan, pengurus bank melihat pendedahan rangkaian blok sebagai satu kemestian.

    Teknologi yang lebih baru mungkin “bersifat berubah-ubah untuk industri perkhidmatan kewangan dan kami berasa optimistik mengenainya,” tambah Lake.

    Teknologi itu, yang membenarkan pengguna menjejaki barangan menerusi rangkaian penawaran mereka, juga boleh menawarkan satu kaedah untuk mengehad masalah makanan tercemar, atau mengawal “berlian darah” yang datang dari kawasan yang dilanda peperangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda