Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BJIS raikan pelajar cemerlang PSR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw (BJIS) telah meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2020 pada majlis penghargaan yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BJIS, majlis berkenan dihadiri oleh tujuh orang graduan Tahun 6 di samping ibu bapa pelajar, ahli jawatankuasa majlis dan guru-guru sekolah tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Yang Di-Pertua 1 Dewan Pernia-gaan dan Perusahaan Melayu Brunei, Haji Abdul Saman bin Haji Ahmat.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan BJIS, Haji Mohammad Sambas bin Haji Bagol dan ahli-ahli Lembaga Pengarah BJIS, Haji Roslan bin Dato Paduka Haji Yaakub dan Dayang Sitty Wardyna binti Haji Mohammad Sambas.

    Guru Besar BJIS, Dayang Shazwani bin Haji Shahibulbahri dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa empat orang daripada 13 orang pelajar iaitu 31 peratus telah memperolehi keputusan 5A.

    Manakala itu, 54 peratus daripada pelajar telah memperolehi 4 A dan ke atas, 62 peratus memperolehi 3 A dan ke atas sementara itu, 77 peratus daripada pelajar-pelajar telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 A.

    Pada malis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan ucapan tahniah sebelum para pelajar menyampaikan ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan khusus untuk pihak sekolah, guru-guru dan kawan seperjuangan.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pelajar cemerlang.

    Haji Abdul Saman menyampaikan sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar yang diraikan. – Gambar serahan BJIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda