Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BJJ Brunei raih pencapaian terbaik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Pengamal sukan jiu jitsu dari Brazil di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan upacara penggredan khas semalam, yang diadakan di dua buah akademi jiu jitsu iaitu The Refinery di Kuala Belait dan Khalifa Mixed Martial Arts (MMA) di Kampung Kiarong.

    Upacara tersebut menyaksikan Brazilian Jiu Jitsu (BJJ) tempatan memperoleh tujuh tali pinggang ungu baharu dan 12 tali pinggang biru baharu, menunjukkan peningkatan prestasi kemahiran BJJ di negara ini.

    Kenaikan penggredan BJJ itu berdasarkan kemahiran, prestasi yang konsisten dan kekuatan watak individu. Tidak seperti seni mempertahankan diri yang lain, penggredan di BJJ dianggap sukar untuk dicapai kerana ia adalah salah satu seni mempertahankan diri yang paling mencabar, oleh itu penggredan tali pinggang sangat dihormati dalam sukan tersebut.

    Penyampaian tali pinggang berwarna secara tradisi diberikan oleh profesor tali pinggang hitam, namun disebabkan keadaan pandemik semasa, The Refinery dan Khalifa MMA telah mendapat persetujuan dari mentor BJJ Brunei, Profesor Alexsandro ‘Leke’ Dos Santos Machado di mana acara penyampaian dilakukan secara dalam talian.

    The Refinery, di bawah ketua pelatih, Nobel Lee, tali pinggang ungu dihadiahkan kepada Nicholas Gumma, sementara Annie Chia, Nurairah Shapiee, Aldon Yapp, Haji Abdul Azim bin Haji Isahak dan Toby Holland memperoleh tali pinggang biru. Calit juga diberikan kepada pelajar terpilih.

    Sementara itu, di Khalifa MMA, ketua jurulatih, Eazy Anuar menyampaikan tali pinggang ungu kepada Adi Elmi, Hafiiz Suni, Danish Jalal, Harris Jamaluddin, Hadi Haseri dan Zaim Roslan. Manakala tali pinggang biru dianugerahkan kepada Shannon Tang, Amirah Shaperi, Dyaan Vivian, Uwuis Al Qarni, Christopher On, Hafiz Haslen dan Haziq Shukri, sementara Eva Azriman menerima tali pinggang junior hijau.

    Sesi bergambar ramai bersama para penerima penggredan tali pinggang baharu di The Refinery. – Gambar serahan BJJ Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda