Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BJP kekal berkuasa di Gujarat

    NEW DELHI, 8 DIS – Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi memperoleh kemenangan besar di Gujarat hari ini sekali gus mengukuhkan lagi cengkamannya di wilayah barat yang dikuasainya selama lebih dua dekad.

    BJP dijangka memperoleh lebih 155 kerusi dalam dewan perhimpunan yang mempunyai 182 ahli manakala pihak pembangkang iaitu Kongres Kebangsaan India mendahului di 16 kawasan, berdasarkan trend pengiraan undi.

    Walaupun bertanding di kebanyakan kawasan pilihan raya, Parti Aam Aadmi (AAP) yang diketuai Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal sekadar mendahului lima kerusi.

    Pengundian di Gujarat dijalankan menerusi dua fasa pada 1 dan 5 Disember. Pemimpin BJP menyifatkan kemenangan itu satu pencapaian ‘bersejarah’.

    “Gujarat mencatat rekod pembangunan baharu dalam dua dekad di bawah kepimpinan Modi, dan hari ini rakyat Gujarat telah memberikan kemenangan kepada BJP,” kata presiden parti, Jagat Prakash Nadda menerusi akaun Twitternya. – Bernama

    Penyokong BJP meraikan kemenangan parti tersebut dalam pilihan raya negeri Gujarat di Gandhinagar, India, 8 Disember. Parti Perdana Menteri Narendra Modi menang besar pada pilihan raya itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...