Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BKN sambut Hari Antarabangsa Menentang Dadah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2025 bertempat di Ibu Pejabat BKN, Tungku Gadong, hari ini.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Dhuha, Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin serta doa bagi memohon perlindungan dan keberkatan dan solidariti dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan dadah di negara ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pengarah BKN, Dato Paduka Haji Mohd Zalani bin Haji Ismail. Dalam ucapan, beliau antaranya menekankan pentingnya perpaduan dan usaha berterusan semua pihak dalam menangani gejala dadah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan masa depan negara.

    Beliau turut menegaskan peranan penting BKN dalam melaksanakan amanah bukan sahaja bersifat profesional tetapi juga tanggungjawab moral dan agama dalam memelihara keselamatan generasi akan datang daripada ancaman dadah.

    Antara pengumuman penting semasa majlis tersebut ialah pelancaran Hari Pemulihan Antarabangsa yang dijadualkan pada bulan Oktober ini, dengan tema Sinar Menuju Pemulihan bagi memperkukuhkan usaha pemulihan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan pencegahan dadah.

    Dalam pada itu, BKN menyeru seluruh lapisan masyarakat agar terus berganding bahu dalam sama-sama memerangi penyalahgunaan dadah demi menjamin masa depan negara yang sejahtera dan bebas dadah.

    Dato Paduka Haji Mohd Zalani hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi acara sambutan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BKN
    Dato Paduka Haji Mohd Zalani hadir selaku tetamu kehormat majlis bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram 2025 bertempat di Ibu Pejabat BKN, Tungku Gadong, hari ini. – GAMBAR SERAHAN BKN
    Dato Paduka Haji Mohd Zalani hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi acara sambutan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BKN
    Para hadirin memohon doa perlindungan dan keberkatan dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan dadah di negara ini. – GAMBAR SERAHAN BKN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda