Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BKSS, Syarikat Mosari jalin persefahaman

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Sebagai detik permulaan dalam mengembangkan perniagaannya menjadi sebuah syarikat pembekal, Koperasi Berkat Kerjakaras Semua Sanang (BKSS) telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd sebagai usaha sama memulakan bidang perniagaan pembekalan.

    Majlis penandatanganan perjanjian berkenaan telah diadakan di Bilik Eksekutif, Koperasi BKSS, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di sini hari ini dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Koperasi BKSS, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohiddin.

    Juga hadir ialah Pengarah Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd, Awang Mohd Sharif bin Abdul Latif, ahli-ahli Lembaga Koperasi BKSS serta kakitangan Koperasi BKSS.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Emmarul bin Haji Azmain diikuti dengan penandatanganan perjanjian persefahaman oleh Haji Mohd Salleh bagi mewakili Koperasi BKSS dan Awang Mohd Sharif bagi pihak Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd.

    Majlis diikuti dengan penyampaian saguhati kepada kakitangan Koperasi BKSS yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Pengerusi Koperasi BKSS bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd.
    Antara yang hadir bagi menyaksikan majlis penandatanganan perjanjian berkenaan.

    Pengerusi Koperasi BKSS ketika ditemu bual Media Permata menjelaskan bahawa penandatanganan perjanjian itu merupakan detik permulaan BKSS untuk membuka bidang perniagaan baru (pembekalan) dengan usaha sama Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd.

    “Syarikat Mosari Trading & Distributor Sdn Bhd mempunyai pengalaman yang luas dan juga mempunyai rangkaian-rangkaian yang pelbagai dari luar negara.

    “Oleh yang demikian, dengan adanya kerjasama dengan pihak mereka, kami akan belajar daripada mereka. Apabila ia berjaya, kami akan melebarkan lagi sayap kami dengan membuka lagi cawangan-cawangan baru.

    “Di samping itu juga, kami akan belajar bagaimana cara pengurusannya, tenaga-tenaga manusia yang diperlukan, cara perbelanjaan dan pelbagai lagi yang perlu dipelajari dalam bidang pembekalan ini,” tambahnya di hujung temu bual.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda