Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blaak menangi kejuaraan dunia

    BERGEN, Norway, 24 Sept – Juara dari Belanda, Chantal Blaak mengatasi kesakitan kemalangan untuk melakarkan kejayaan dalam kejuaraan dunia wanita bagi perlumbaan di atas jalan raya di Bergen semalam.

    Katrin Garfoot dari Australia memenangi pingat perak dengan juara tahun lepas, Amalie Dideriksen dari Denmark memenangi pingat gangsa.

    “Tidak saya tidak mempercayainya, segalanya yang berlaku dalam perlumbaan; saya mengalami kemalangan, saya berada dalam kesakitan, dalam kedudukan itu saya rasa perlumbaan saya sudah berakhir,” kata Blaak mengenai kemalangannya ketika perlumbaan hanya berbaki 65km.

    “(Kemudian) saya rasa saya boleh bangkit dan melihat apa yang boleh saya lakukan. Rancangan saya bukanlah untuk memenangi perlumbaan tetapi melakukan yang terbaik bagi pasukan.

    “Selepas (pecutan) itu, saya hanya mengikut hati saya.”

    Pemenang pingat emas, Chantal Blaak (tengah) meraikan kemenangannya di atas podium bersama pemenang kedua, Katrin Garfoot (kiri) dan Amalie Dideriksen. – AFP

    Blaak memulakan pecutan dengan perlumbaan berbaki 23km yang menyaksikan Hannah Barnes dari Britain dan Audrey Cordon dari Perancis menyertainya.

    Tetapi pecutan diketuai oleh Van Vleuten dan melibatkan Van der Breggen menyaksikan kumpulan pendahulu bertambah kepada tujuh pelumba, tiga dari mereka dari Belanda, dengan perlumbaan berbaki 11km.

    Ia memberikan trio dari Belanda itu menguasai kelebihan taktikal dan Blaak mengambil kesempatan itu dengan baik.

    Dengan Garfoot, Barnes, Cordon dan Katarzyna Niewiadoma dari Poland memberikan tumpuan ke atas dua bintang dari Belanda, Blaak memulakan tunggangan secara solo dengan perlumbaan berbaki 8km.

    Tidak seorang pun bersedia untuk mendahului kejar-mengejar yang mengetahui mereka akan diikuti oleh Van Vleuten dan Van der Breggen sehingga garisan penamat, dan pada kilometer terakhir, Blaak menghasilkan pendahuluan selesa lebih dari 30saat dan tahu gelaran dunia dalam genggaman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda