Lambakan penyanyi baharu yang diangkat menerusi media sosial sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada industri muzik Malaysia. Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi Black (gambar) atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 34, berkata pelapis baharu sepatutnya digilap bersandarkan bakat dan bukan populariti di media sosial semata-mata. “Saya bermula menjadi penyanyi pada usia 10 tahun… untuk menjadi