Tuesday, March 4, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Black panther, robot 4 kaki terpantas dunia

    HANGZHOU, 3 MAC – Para saintis di Universiti Zhejiang China baru -baru ini mengumumkan bahawa robot ciptaan mereka, Black Panther mereka telah mencapai kelajuan kekal sepantas 10 meter sesaat (m/s), satu rekod dunia untuk robot berkaki empat.

    Menurut laporan Oddity Central, Black Panther telah dibangunkan di Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Antarabangsa Hangzhou di Universiti Zhejiang sejak 2018 lagi. Namun dalam enam tahun pertama, para saintis berjuang melebihi kelajuan 6 m/s.

    Black Phanter, robot berkaki empat paling pantas.

    Dalam eksperimen awal mereka, apabila robot melepasi ambang kelajuan berkenaan, ia mengalami kerosakan yang teruk, seperti ‘anak lembu’ yang cacat dan dalam beberapa kes lain, seluruh badannya telah berkecai.

    Walau bagaimanapun, selepas melalui banyak ujian dan percubaan seperti meniru struktur sendi dan otot pelbagai haiwan termasuk manusia, kumpulan penyelidik berkenaan berjaya membuat beberapa pengubahsuaian penting. Antaranya memasang spring pada sendi kaki untuk melembutkan tekanan dan menggunakan algoritma kawalan inovatif serta bereksperimen dengan bahan dan reka bentuk yang berbeza.

    Hasilnya, Black Panther berjaya mencapai kelajuan rekod 10m/s pada awal tahun ini.

    Dalam video yang dikeluarkan oleh Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Antarabangsa Hangzhou, Black Panther dilihat berlari di atas treadmill dan mengekalkan kelajuan 10m/s secara berterusan sekali gus secara rasmi menjadikannya robot berkaki empat paling cepat di dunia.

    Setelah beberapa siri percubaan dan pengubahsuaian, akhirnya kelajuan Black Panther mencapai sasaran

    Kelajuan rekod Black Panther berkenaan hampir menyamai larian atlet sukan elit acara pecutan 100 meter. Penyelidik Cina kini mempunyai sasaran kelajuan yang baharu iaitu 15m/s.

    Sasaran seterusnya adalah 15m/s, menurut kumpulan penyelidik berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR ODDITY CENTRAL

    Robot Black Panther tersebut adalah seberat 38 kg dan tinggi 0.63 meter. Sementara robot berkaki dua atau humanoid boleh ‘berlari’ sepantas 3.6 m/s dengan ketinggian 1.7 meter dan berat sekitar 30 kg.

    Sekiranya awda terfikir akan pengalaman menakutkan  apabila dikejar robot sepantas ini, usah khuatir kerana Black Panther hanya boleh mencapai kelajuan tersebut dalam ujian makmal dengan persekitaran terkawal.

    Tambahan lagi, penyelidik berkenaan menjelaskan bahawa mengekalkan kadar 10m/s memerlukan jumlah tenaga yang banyak dan struktur badannya pula tidak mampu berlari di permukaan jalan yang keras, jadi buat masa ini, ia hanya dapat dilakukan pada treadmill. – Oddity Central

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda