Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Black Pink muncul dalam Justice League

    KUMPULAN penyanyi Kpop, Black Pink yang semakin meningkat naik setelah berjaya dengan beberapa single hangat seperti Boombayah dan Whistle.

    Terbaru, kumpulan penyanyi tersebut berjaya mendapat perhatian apabila As If It’s Your Last juga berjaya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

    As If It’s Your Last merajai deretan tangga lagu ternama iTunes Worldwide Singles Charts di 18 negara, dari Argentina hingga Turki.

    Video klip lagu terbaru Black Pink, As If It’s Your Last turut memuatkan adegan dalam Justice League.

    Berikutan daripada populariti kumpulan itu, peminat Blackpink dikenali sebagai Blink setentunya berasa gembira apabila klip video lagu terbarunya, As If It’s Your Last turut memuatkan adegan dalam Justice League.

    Paling ketara adalah babak yang memperlihatkan Bruce Wayne dilakonkan oleh Ben Affleck juga dapat dilihat di dalam klip video tersebut.

    Ia secara tidak langsung merupakan satu pencapaian kepada Black Pink kerana berpeluang untuk menembusi pasaran Hollywood.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda