Seorang wakil daripada YG Entertainment telah menjelaskan mengenai khabar angin kemunculan semula kumpulan Blackpink, “Kami akan berkongsi butiran melalui promosi rasmi pada masa akan datang,” ujarnya kepada Allkpop.
Sebelum itu, sebuah media turut melaporkan kumpulan penyanyi Blackpink itu sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan mini album baharru pada bulan November.
Menurut laporan itu lagi, kumpulan itu telah selesai menjalani sesi penggambaran album dan merancang untuk menyiapkan rakaman serta kerja produksi lain dalam beberapa minggu akan datang.
Blackpink baru-baru ini turut menghebohkan industri kpop dengan mengeluarkan single digital mereka yang berjudul Jump pada bulan Julai lalu.
Kini mereka dikhabarkan akan mengeluarkan album mini terbaharu pada November, ia akan menjadi album fizikal pertama mereka dalam kira-kira tiga tahun sejak album penuh kedua mereka Born Pink.
Sementara itu, kumpulan itu kini sedang mengadakan jelajah dunia yang meliputi 16 bandar dan 31 persembahan, termasuk pada 15 hingga 16 Ogos, mereka akan menjadi kumpulan K-pop pertama yang membuat persembahan di Stadium Wembley London yang ikonik dan sering disebut sebagai ‘pentas impian’ buat para artis atau penyanyi. – Agensi


