Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blackpink pilih urus karier solo sendiri

    Kegagalan mendapatkan kontrak tambahan bagi menguruskan karier solo semua anggota kumpulan Blackpink nampaknya memberi kesan buruk kepada syarikat pengurusan YG Entertainment.

    Pada Rabu lalu, saham agensi berkenaan didagangkan pada harga KRW 44,800 atau RM158 sama seperti hari dagangan sebelumnya.

    Harga saham agensi itu juga turun kepada KRW 44,050 (RM155) atau penurunan sebanyak 1.67 peratus pada hari pembukaan pada Isnin lalu.

    Ia adalah paras terendah bagi agensi tersebut sejak 52 minggu lalu.

    Penganalisis Daishin Securities Lim Soo Jin berkata, kegagalan YG Entertainment mendapatkan kontrak untuk karier solo Blackpink menyumbang kepada kemerosotan itu.

    Sebelum ini, salah seorang ahli Blackpink iaitu Jennie memilih menguruskan karier solonya sendiri dengan menubuhkan syarikat pengurusan Oddatelier sejak November tahun lalu.

    Memetik laporan mStar, syarikat itu diuruskan sendiri oleh ibunya.

    Selain Jennie, Blackpink yang turut dianggotai oleh Lisa, Jisoo dan Rose juga memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama YG Entertainment.

    Bagaimanapun YG Entertainment masih menguruskan karier Blackpink secara berkumpulan selain BabyMonster, Winner, iKON dan Treasure. – Agensi

    Ketiadaan Blackpink membuatkan saham YG Entertainment jatuh merundum. – thefactsite.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda