Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bladers Brunei kini miliki ‘Rare Bey’ Aero Pegasus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Beberapa pemain Beyblade tempatan berjaya memperoleh Rare Bey Get Battle Aero Pegasus keluaran Takara Tomy, yang hanya boleh didapati menerusi aplikasi Beyblade X rantau Singapura sebelum pengeluarannya dihentikan.

    Disebabkan edisinya yang jarang ditemui, harga Rare Bey Aero Pegasus boleh mencecah antara $300 hingga $800 seunit sekiranya masih dalam keadaan baharu di dalam kotak.

    Menurut wakil Syarina.bn, Abdul Fiqri Syarif, beliau berjaya mengimport empat unit Aero Pegasus yang dimenangi oleh beberapa pemain tempatan menerusi acara Rare Bey Get Battle dalam aplikasi Beyblade X rantau Singapura, termasuk satu unit Black Coating Hells Chain dari Singapura.

    Antara pemilik baharu Beyblade tersebut ialah Sallehuddin bin Sabli dan Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada pasukan DBos Beys (DB), serta Haji Abdul Wafiy bin Haji Yusop dan Abdul Fiqri Syarif bin Mohd Johari daripada pasukan Jakusha Bladers (JB).

    Sebelum ini, Aero Pegasus hanya dimiliki oleh Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada pasukan DB, diikuti Mohammad Aqim bin Haji Matsah dan Jukarnain bin Haji Husin daripada pasukan Brothers Geng Bladers.

    Dengan penambahan tersebut, jumlah pemilik Aero Pegasus di Brunei Darussalam kini meningkat kepada tujuh orang, sesuatu yang menjadi kebanggaan buat para pemain kerana memiliki Beyblade keluaran terhad yang sukar diperoleh.

    Mainor Azizi, salah seorang pemilik baharu Beyblade tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE
    Sallehuddin yang juga dari pasukan DB turut memiliki Rare Bey Get Battle Aero Pegasus. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda