Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blades naik ke puncak kejuaraan

    LONDON, 31 OGOS – Sheffield United naik ke puncak Liga Kejuaraan selepas kemenangan 4-0 di tempat sendiri kepada pendahulu sebelum ini Reading kelmarin.

    Jangkaan mengenai pertemuan antara dua pasukan teratas akan menjadi persaingan sengit namun ramal tersebut tersilap apabila Blades mendominasi di Bramall Lane.

    Oli McBurnie membuka tirai jaringan melalui tandukan hantaran lintang Max Lowe pada minit ke-11 setelah rembatan Anel Ahmedhodzic masuk dari sepakan sudut hanya beberapa saat memasuki babak kedua.

    Iliman Ndiaye kemudian menambah jaringan selepas sejam perlawanan dan Ahmedhodzic melengkapkan kemenangan melalui tandukan 10 minit sebelum tamat.

    Reading jatuh ke tangga kelima dalam carta liga selepas Norwich, Burnley dan Watford menang dalam perlawanan berasingan.

    Norwich ketinggalan di Birmingham berikutan gol Scott Hogan pada minit ke-50, tetapi berhasil menyamakan kedudukan menerusi Andrew Omobamidele dan merampas kemenangan 2-1 pada masa kecederaan menerusi Onel Hernandez. Rodrigo Muniz meletakkan pasukan pelawat di depan hanya pada minit keempat, Ismaila Sarr menyamakan kedudukan dan Vakoun Bayo menjaringkan gol kemenangan Watford pada masa tambahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda