Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blake Lively buat tuntutan gara-gara fitnah Justin Baldoni

    Pelakon Blake Lively mendakwa mengalami kerugian besar selepas difitnah aktor Justin Baldoni.

    Blake, 38, kini memohon mahkamah mengarahkan Baldoni membayar ganti rugi berjumlah AS$161 juta

    Menurut laporan TMZ yang memetik dokumen mahkamah, peguam kepada pelakon filem The Age of Adaline itu mendakwa anak guamnya kehilangan pendapatan berjumlah $56.2 juta melibatkan hasil lakonan, penerbitan, jemputan sebagai penceramah dan kerjasama sebagai duta produk.

    Selain itu,  jenama penjagaan rambut milik Blake iaitu Blake Brown menanggung kerugian sebanyak AS$49 juta.

    Malah syarikat minumannya, Betty Buzz/Betty Booze juga didakwa terjejas dan mengalami kerugian sekitar AS$22 juta.

    Pada Disember tahun lalu, Blake menfailkan saman terhadap Baldoni atas dakwaan gangguan seksual ketika penggambaran filem mereka berjudul It Ends With Us pada 2024.

    Dakwanya Baldoni menunjukkan video lucah, bercakap mengenai seks serta meminta menambah adegan mesra di dalam lakonan mereka.

    Blake kemudiannya mendakwa telah menjadi sasaran fitnah di media sosial selepas dia membuat aduan tentang gangguan seksual tersebut.

    Bagaimanapun Baldoni membalas dengan menyaman Blake apabila mendakwa dirinya mengalami kerugian $400 juta kerana mendakwa difitnah oleh Blake dengan tuduhan palsu.

    Bagaimanapun, saman itu telah ditolak pada Jun lalu apabila hakim memutuskan Baldoni tidak mempunyai hak untuk menyaman atas fitnah berikutan dakwaan yang terkandung dalam dokumen mahkamah. – Agensi

    Blake alami kerugian besar akibat fitnah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda