Pelakon Blake Lively mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual pengarah dan aktor Justin Baldoni.
Blake, 37, berkata gangguan tersebut dilakukan semasa mereka di set penggambaran filem It Ends With Us.
Dakwanya Baldoni menunjukkan video lucah, bercakap mengenai seks serta meminta menambah adegan mesra di dalam lakonan mereka.
Tidak hanya itu, dia juga mendakwa Baldoni memasuki ruangannya tanpa izin yang mana ketika itu dirinya tidak berpakaian.
Katanya perkara tersebut menjadi bahan bualan kru yang berada di set penggambaran.
Sementara itu, suami Blake iaitu Ryan Reynolds berkata kejadian tersebut memberi kesan kepada rutin harian isterinya.
Ryan memberitahu isterinya kini selesa tinggal di rumah dan bimbang ketika keluar ke tempat umum.
Bagaimanapun pihak Baldoni menyangkal dakwaan berkenaan sekali gus menganggap tuduhan tersebut palsu dan memalukan.
“Tuntutan ini palsu, keterlaluan dan sengaja menghina dengan niat menyakiti secara terbuka,” katanya. – Agensi