LAUSANNE, 19 Jun – Bekas ketua FIFA, Sepp Blatter, akan menentang pengharaman untuk menghadiri dua perlawanan Piala Dunia dan akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, kata jurucakapnya.
Blatter disiasat oleh pendakwa raya Switzerland atas dakwaan rasuah sepanjang 17 tahun mengendalikan FIFA.
Bekas ketua FIFA berusia 82 tahun itu diharamkan selama enam tahun oleh FIFA pada Februari 2016 daripada semua aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak atas pembayaran sebanyak 1.8 juta euro kepada Michel Platini.
Blatter telah digantikan oleh Gianni Infantino sebagai ketua FIFA.
Meskipun dengan pengharaman itu, Blatter kerap berkata bahawa dia akan menerima jemputan daripada Putin untuk datang dan menyaksikan Piala Dunia di Rusia.
Ketika dihubungi oleh AFP, FIFA berkata ia tidak memberikan komen mengenai kunjungan Blatter, yang dijangka membuat penerbangan ke Moscow hari ini menjelang perlawanan Kumpulan B antara Portugal dan Maghribi di ibu negara Rusia.
Dia juga dijadualkan untuk menghdairi perlawanan Kumpulan E antara Brazil dan Costa Rica di St Petersburg pada hari Jumaat sebelum kembali ke Switzerland. – AFP