Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blaus Chloe sentuhan etnik

    PARIS – Jika mana-mana pakaian yang merujuk kepada Chloe di bawah Chemena Kamali, ia setentunya blaus. Longgar, beropol, tanpa usaha tetapi penuh romantik, ia menangkap intipati koleksi ketiganya untuk studio fesyen itu di Minggu Fesyen Paris.

    Pakaian wanita Chloe rekaan Kamali bergerak merentas masa, merujuk kepada sejarah tetapi tidak terperangkap di dalamnya. Sama seperti Jerry Hall dan Georgia May Jagger, ikon gaya Chloe menggabungkan masa lalu dan masa kini.

    Chloe sejak dulu menjadi rumah fesyen yang memperjuangkan wanita, baik dari segi falsafah reka bentuk mahupun kepimpinannya. Walaupun beberapa jenama pakaian wanita terkenal masih diterajui oleh lelaki, Chloe secara terpuji kekal sebagai platform untuk pereka wanita, yang membentuk dunia fesyen melalui perspektif mereka. Kamali, asal Jerman dan kini sudah menghasilkan tiga koleksi, terus memperhalusi visinya dalam tradisi itu.

    Musim ini, blaus bukan sekadar titik tumpuan tetapi ia menjadi asas koleksi. Dijahit menggunakan sutera berwarna gading dan pic, ada yang tampil dengan lengan dramatik dan manset tebal yang memberikan impak seakan jaket. Seluar potongan lebar dan labuh yang digayakan rendah bersama tali pinggang berlogo emas memberi sentuhan gaya boho yang santai.

    Gaun slip potongan bias dalam rona pastel lembut pula menampilkan keseimbangan antara anggun dan sensual. Kot berlapik bertrim bulu dan jaket gaya pusaka era Victoria yang digayakan di atas baju rajut Henley berpotongan rendah menyuntik unsur yang lebih garang dan urban. Aksesori melengkapkan gaya beg tangan bersaiz besar dengan hiasan pesona dan tali pinggang tebal berlogo memberikan kontras mewah terhadap siluet koleksi yang ringan dan mengalir.

    “Ketika saya mula mengusahakan koleksi ini, saya merasakan bahawa ia bergerak ke hadapan adalah sama pentingnya dengan menghormati masa lalu,” kata Kamali. “Ia adalah tentang meneruskan penerokaan, untuk mentafsir semula dan mengembangkan fikirannya.”

    Pentas persembahan ringkas namun luas, dengan pencahayaan lembut memancarkan cahaya di atas permaidani hijau, mengekalkan tumpuan pada pakaian.

    Mungkin ada yang merasakan koleksi itu terlalu berlebihan, tetapi Kamali melihat kerumitan sebagai intrinsik baginya.

    “Ia merangkumi kerumitan dan tidak ditafsir oleh satu jenama,” katanya. – AP

    Para model memperagakan ciptaan koleksi pakaian wanita Chloe bagi Musim Luruh/Sejuk 2025-2026 yang dipersembahkan di Paris. – AP
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography
    Gambar Fashionotography

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda