Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Blazers tawan Liga Musim Panas NBA

    LAS VEGAS, 19 JULAI — Brandon Williams kelmarin menjaringkan 22 mata untuk membawa Portland Trail Blazers meraih kemenangan 85-77 ke atas New York Knicks dalam perlawanan kejohanan Liga Musim Panas NBA.

    Ia adalah kali ketiga Portland bermain dalam perlawanan kejuaraan sejak 2017, dan ia merupakan gelaran kedua mereka sejak itu.

    Dalam aksi kelmarin, Trail Blazers mendapat 36 mata daripada pemain gantian mereka, Jabari Walker, yang menamatkan perlawanan dengan 14 mata dan 11 rebounds.

    Sementara itu, Trendon Watford menamatkan perlawanan dengan 19 mata dan tujuh rebounds bagi Portland. Dia juga dipilih sebagai pemain MVP dalam perlawanan tersebut.

    Knicks, yang di bawah pengendalian Tom Thibodeau, mempunyai lima orang pemain yang berjaya menjaringkan mata dua digit.

    Aksi Miles McBride dari New York Knicks (tengah) semasa perlawanan bola keranjang kejuaraan Liga Musim Panas NBA kelmarin. – AP

    Manakala Quentin Grimes menyumbang 19 mata.

    Miles McBride menghasilkan 17 mata, Jericho Sims menambah 13 dan Feron Hunt serta Micah Potter masing-masing mendapat 10 bagi New York.

    Portland yang juga menduduki tempat ketiga dalam Liga Musim Panas dengan 42.8 rebounds pada setiap perlawanan, mengatasi Knicks dengan jaringan 37-32.

    Blazers, yang menewaskan New York 88-77 pada awal perlawanan itu, tidak menemui rentak mereka sehingga permulaan suku kedua kejuaraan, apabila mereka membuka tirai dengan tiga 3-pointers berturut-turut yang memberikan mereka kelebihan 21-14.

    Mereka terus menjaringkan tujuh 3-pointers pada suku tersebut untuk mendapatkan kelebihan 11 mata dengan jaringan 41-30 sebelum rehat.

    Blazers melonjakkan kelebihan mereka kepada 16 pada suku ketiga, dengan kelebihan 60-44 menerusi jaringan 10 mata di rim.

    Kedua-dua pasukan tampil agak longlai, dengan banyak kecuaian, apabila Knicks menghasilkan lima daripada 15 percubaan dan Blazers hanya tiga daripada 12 percubaan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...