Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blogger ‘hina agama’ dibebaskan

    NOUAKCHOTT, 30 JULAI – Mauritania telah membebaskan seorang blogger yang menarik tumpuan antarabangsa selepas dituduh menghina agama, kata peguam dan kumpulan kempen RSF hari ini.

    Cheikh Ould Mohamed Ould Mkheitir, 36, pada mulanya dijatuhi hukuman mati namun dikenakan hukuman penjara selepas membuat rayuan.

    Dia masih ditahan meskipun telah menjalani hukuman itu, satu situasi yang mencetuskan bantahan daripada kumpulan hak.

    “Dia dibebaskan semalam dari tempat di mana dia ditempatkan di bawah penahanan dalam rumah tetapi beliau belum bebas sepenuhnya,” beritahu peguam Fatimata Mbaye kepada AFP.

    Mkheitir ‘tidak lagi berada di Nouakchott,’ ibu negara Mauritania, kata Mbaye, tanpa memberikan butir lanjut.

    Pembebasannya dibuat pada hari-hari terakhir jawatan presiden Mohamed Ould Abdel Aziz, yang sebelumnya berkata untuk membebaskan Mkheitir akan membahayakan blogger serta orang awam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda