Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blogger terkenal Rusia dipukul di luar rumah

    MOSCOW, 31 OGOS – Seorang blogger terkenal dan penyampai radio pembangkang Rusia dipukul di luar rumahnya di Moscow, kata jurucakapnya, ketika pengkritik Kremlin mengatakan bahawa mereka mengalami serangan yang semakin meningkat.

    Yegor Zhukov, 22, dijatuhkan hukuman penggantungan pada musim panas lalu atas tuduhan melampau kerana membuat video yang mengkritik Presiden Vladimir Putin di tengah tunjuk perasaan besar-besaran yang menuntut untuk diadakan pilihan raya yang adil.

    Pasukan Zhukov menyiarkan gambar wajahnya di Telegram yang berdarah dan bengkak mengatakan bahawa dia diserang dan dipukul berhampiran rumahnya kelmarin.

    “Menurut saksi, dia diserang oleh dua orang samseng yang melarikan diri menggunakan skuter,” kata jurucakap Zhukov, Stas Toporkov.

    Figura pembangkang memfailkan aduan kepada polis dan menjalani pemeriksaan perubatan selepas itu, menurut agensi berita Interfax.

    Zhukov ditangkap pada bulan Ogos tahun lalu atas peranannya dalam tunjuk perasaan besar-besaran yang meletus setelah calon bebas dan pembangkang dilarang bertanding dalam pilihan raya tempatan.

    Beliau seorang pelajar politik ketika itu, beliau dibebaskan di bawah tahanan di rumah dan dituduh membuat panggilan dalam talian berkaitan ekstremisme. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda