Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Blok bangunan kayu sekolah terbakar

    TAWAU, 23 JUN – Sebuah blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Abaka di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP, Jasmin Hussin berkata blok yang terbakar itu menempatkan tiga kelas tahun empat hingga enam. “Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata sepasukan 28 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Tawau sejurus menerima panggilan kecemasan.

    Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 1:23 pagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam