Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blush blindness serlah penampilan berbeza

    Hari ini, pemerah pipi (blush) adalah alat solek yang mesti dimiliki. Ia menjadi satu trend yang sangat diminati sejak beberapa bulan ini, sehingga ke tahap di mana tip, teknik dan inspirasi muncul berdasarkan produk kecantikan ini.

    Disebabkan itu, sesetengah orang menjadi obses dengan blush. Ia tidak ada batasan dalam mencapai kesan berseri yang sihat dan kadang kala menyerlahkan penggunaan solekan yang tebal.

    Fenomena ini dinamakan sebagai blush blindness, iaitu merujuk kepada mereka yang mengenakan pemerah pipi dengan cara yang berlebihan, tanpa menyedari bahawa warna itu terlalu kuat.

    Ketaksuban dengan trend tersebut, minat mereka terhadap produk itu mampu memberikan hasil eksentrik yang cantik.

    Di TikTok, blush blindness telah pun menghasilkan banyak video yang memaparkan pengguna menyindir atau mengkritik terhadap obsesi yang berlebihan tentang blush itu.

    Blush blindness menyindir pengguna media sosial yang menggunakan blush secara berlebihan sehingga menyebabkan kesan warna yang melampau pada pipi. – ANN/TheStar
    ANN/TheStar

    PENCINTA BLUSH

    Tidak hanya berpuas hati dengan menjadi tumpuan pelbagai trend seperti ‘sunset blush’ dan ‘glazed blush’ serta ‘boyfriend blush’, item solekan ini berjaya mencipta semula kegunaanya hasil jenama kosmetik terkenal di dunia.

    Penggunaan sedikit bedak blush untuk kesan berseri yang tidak ketara kini digantikan dengan tekstur cecair yang lebih berpigmen, warna cerah, dan malahan
    melapis beberapa produk untuk kesan yang lebih ketara.

    Selepas trend blush putih dan blush ungu yang bermula dari tahun 2023, sesetengah pengguna media sosial telah menukar produk berasaskan bedak kepada gincu untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri.

    Namun demikian, kini blush double atau blush combo telah menjadi trend blush yang semakin tular. Ia terdiri daripada penggunaan blush yang berbeza-beza iaitu blush cair dan blush serbuk bertujuan untuk meningkatkan kesan.

    Semua helah dan teknik tersebut menggalakkan peminat kecantikan untuk menambah lebih banyak produk sehingga disamari oleh pelbagai warna yang mereka sapukan pada tulang pipi.

    STANDARD KECANTIKAN TERKINI

    Obsesi berlebihan ini, sama ada disengajakan atau tidak, kini menjadi punca kepada trend blush blindness. Di media sosial seperti TikTok, awda hanya perlu menaip tanda pagar (hashtag) khusus kemudian akan dapat melihat banyak siaran berkaitan dengan obsesi tentang blush tersebut yang telah dijadikan bahan sindiran.

    Ia turut disertakan dengan kapsyen contohnya, “I’m sunkissed”, “Mode tomato diaktifkan” di samping menunjukkan video gadis dengan pipi merah jambu atau merah.

    Blush bukan satu-satunya produk solek yang boleh memberikan ‘blindness’ seperti ini. Ia boleh dikaitkan dengan banyak trend kecantikan lain yang telah muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, atau bahkan beberapa puluh tahun.

    Obsesi untuk mengejar piawaian kecantikan terkini akhirnya disiarkan melalui sindiran di media sosial berkenaan, di mana trend tersebut kini muncul dengan pantas serta berubah sepanjang masa.

    Ini telah dilihat dengan ketaksuban baru-baru ini untuk kening yang lebih nipis, kemudian kening yang dilunturkan, kening yang tebal, kening yang sangat berkontur atau bulu mata yang sangat panjang dan lebat.

    Oleh itu, berhati-hatilah untuk tidak berlebihan atau taksub dengan pengaruh trend kecantikan baharu.

    Walau bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada video yang menyindir blush blindness sudah terdapat pelbagai video di mana pengguna mendakwa bahawa solekan berlebihan itu adalah disengajakan.

    “Saya tahu apa yang saya lakukan, jangan risau,” dalam satu ulasan di TikTok.

    Pengguna lain yang bersuara berkata bahawa mereka ‘tidak peduli dengan trend blindness malah ada di antara mereka yang tetap dengan tegas dengan trend sedemikian. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda