KUALA BELAIT, 30 JUN – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuhkan hubungan korporat dan mengukuhkan ikatan muhibah dalam kalangan stakeholders, Brunei Methanol Company Sdn Bhd (BMC) telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat SPARK di Sungai Liang, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang diterima, acara itu dihadiri oleh Pegawai Pentadbiran Kanan, Jabatan Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad, ketua Kampung Mukim Liang dan beberapa perwakilan dari agensi-agensi kerajaan, stakeholders dan kontraktor.
