Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMC agih dividen tahunan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Syarikat Methanol Brunei Sdn Bhd (BMC) membayar dividen terakhir bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2022 kepada pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan di mana AS$20 juta telah diagih-agihkan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, BMC menyatakan bahawa jumlah keseluruhan pembayaran dividen yang diagih-agihkan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2022 ialah AS$60 juta, yang telah menyaksikan dividen interim bagi tahun kewangan sama yang awal dibayar pada 31 Disember 2022.

    Pembayaran itu dapat dilakukan hasil daripada pendapatan terkumpul yang disimpan dan keuntungan yang diperoleh serta selepas pembayaran penuh bagi pinjaman pembiayaan projek 15 tahun pada 14 Disember 2022 yang menunjukkan kestabilan kewangan operasi syarikat berkenaan.

    Keputusan bagi pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2023 akan dibuat selepas selesainya kerja-kerja penyelenggaraan berjadual syarikat berkenaan pada tahun ini dan penilaian prestasi syarikat. Jumlah dividen yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada keuntungan bersih syarikat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda