Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMC kongsi kegembiraan bersama enam keluarga

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Syarikat Metanol Brunei Sdn Bhd (BMC) sekali lagi mempamerkan semangat kemurahan hati dan kepemedulian masyarakat melalui kempen tahunannya, Assist and Care, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BMC, di sini, inisiatif yang dipacu pekerja dengan sokongan daripada pihak pengurusan BMC itu merupakan salah satu acara tahunan BMC yang dilaksanakan di bulan Ramadan yang mulia sejak penubuhannya.

    Ia memperkukuhkan nilai ihsan, solidariti dan berbakti kepada masyarakat di samping memupuk budaya pemurah dalam kalangan pekerja serta berkongsi kegembiraan dan keberkatan Ramadan.

    Kakitangan BMC telah bermurah hati menyumbang dan mengagihkan barangan keperluan harian seperti makanan kering, beras dan makanan keperluan rumah lain kepada enam buah keluarga yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka terutama kepada mereka yang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Keluarga-keluarga berkenaan telah dikenal pasti setelah berunding dengan Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Mohammad Haszrin bin Bagol.

    Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin dan Pegawai Eksekutif, Akihiko Kiryu bersama kakitangan mereka telah disertai oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Sungai Liang, Awang Bagol bin Haji Hassanal dalam mengendalikan pengagihan berkenaan.

    Kempen Assist and Care mencerminkan pendekatan langsung syarikat kepada tanggungjawab sosial korporat selaras dengan strategi #RESPECT.

    Selain menyediakan bantuan, kempen itu juga memupuk budaya kesukarelawanan dan empati, menawarkan pekerja peluang untuk menyumbang secara bermakna semasa bulan mulia ini.

    Warga BMC bergotong-royong mengangkat barangan keperluan untuk diserahkan kepada salah sebuah keluarga kurang berkemampuan. – GAMBAR SERAHAN BMC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda