Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMC santai bersama kakitangan, keluarga

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Sebagai komitmen menyokong pembangunan budaya syarikat yang kukuh dan pelbagai, Brunei Methanol Company (BMC) mengadakan acara Affinity family dan Teambuilding Day bagi kakitangan dan keluarga mereka yang berlangsung di Jerudong Park & Playground, hari ini.

    Dalam kata alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin merakamkan perasaan terujanya dengan penganjuran acara tersebut di mana ia merupakan komitmen syarikat memupuk sebuah budaya syarikat yang kukuh dan pelbagai.

    Beliau menambah, ia juga merupakan hari bagi kakitangan dan keluarga mereka untuk berkumpul dan berseronok dalam suasana yang santai serta riang.

    “Kami percaya sebuah persekitaran kerja positif dan keseimbangan hidup kerja adalah penting bagi produktiviti dan kesejahteraan kakitangan kami,” tambahnya.

    Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti kerja dalam kumpulan yang menggabungkan elemen-elemen daripada pelbagai budaya.

    Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bermatlamat untuk mengukuhkan semangat kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran kerjasama sambil menyediakan pengalaman yang unik serta menyeronokkan kepada semua peserta.

    Di samping itu, pelbagai acara permainan dan aktiviti bagi seisi keluarga turut diadakan bagi menyerikan aktiviti hari keluarga berkenaan.

    Acara yang membawa tema Affinity itu mengetengahkan dua konsep utama iaitu ikatan erat keluarga dan semangat perpaduan dalam kalangan individu yang berkongsi minat sebagai sebuah kumpulan yang padu.

    Jesus Enrique Mora Marin menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Kakitangan BMC bersama keluarga mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan semasa acara Affinity Family dan Teambuilding Day. – Gambar Oleh Sim Y. H.
    Kakitangan dan keluarga BMC tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan permainan yang diadakan. – Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda