Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMC serah hampir $6,000 untuk tabung anak yatim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    KUALA BELAIT, 25 APRIL – Syarikat Methanol Brunei (BMC) telah menyumbangkan sejumlah $5,895 untuk Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait yang diharap dapat membantu anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

    Derma berkenaan telah diserahkan oleh Pengurus Hal Ehwal Korporat BMC, Awang Saifulillah bin Haji Ahmid pada majlis yang diadakan di Pejabat Daerah Belait, hari ini, dan diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed.

    Jawatankuasa Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait sangat menghargai sumbangan tersebut dan mengalu-alukan mereka yang bermurah hati untuk sama-sama menderma kepada tabung tersebut di Jabatan Daerah Belait pada bila-bila masa sewaktu pejabat dibuka.

    Awang Saifulillah menyerahkan derma untuk Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait kepada Awang Mohamad Yassin. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda