Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Sebagai bukti kepada penjagaan alam sekitar, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) menaja papan tanda pendidikan persekitaran dan tong pembuangan sampah di Pantai Tanjung Batu. Sehubungan itu, majlis pelancaran dan penyerahan papan tanda dan tong sampah berkenaan diadakan di Pantai Tanjung Batu, hari ini.