Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMC tanam 100 anak pokok

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Dalam menggambarkan komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar, pihak pengurusan dan kakitangan Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC), hari ini, telah mengendalikan acara penanaman pokok di Hutan Simpan Berakas, Taman Biodiversiti, di mana 100 anak pokok berjaya ditanam.

    Usaha yang dijayakan dengan kerjasama Green Brunei itu menunjukkan penglibatan aktif BMC dalam inisiatif alam sekitar dan penglibatan komuniti, sejajar dengan matlamat Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei untuk menanam 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BMC.

    Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru bersama ahli Lembaga BMC, Awang Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaidi dan Pemangku Pengarah Petroleum Authority, Haji Kula bin Haji Metasan serta para perwakilan daripada Petroleum Authority, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA).

    Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin dalam ucapan alu-aluannya menggariskan dedikasi BMC yang tidak berbelah bahagi kepada pengayaan komuniti dan menekankan keperluan mendesak untuk mengurangkan jejak karbon. Beliau turut menekankan kepentingan tindakan individu dalam membuat perubahan, dengan menyatakan bahawa mereka masing-masing memegang tanggungjawab untuk memberi kembali kepada masyarakat yang salah satunya adalah dengan mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan amalan mampan dalam semua hal yang mereka lakukan.

    Acara turut dimeriahkan dengan sesi pemanasan badan sebelum tetamu kehormat berserta tetamu dan peserta lainnya mula menanam pokok.

    Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Timbalan Pengerusi BMC menyempurnakan penanaman anak pokok yang diadakan di Taman Biodiversiti, Hutan Simpan Berakas, kelmarin.- Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bergambar ramai semasa acara penanaman pokok yang berlangsung di Taman Biodiversiti yang terletak di Hutan Simpan Berakas. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda