Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BMC terima lawatan dari PB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) hari ini menerima lawatan pendidikan daripada 29 pelajar pengajian Diploma Tahap 5 Kejuruteraan Kimia, Politeknik Brunei (PB) Lumut yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan, Awang Ahmad Bukhari bin Haji Emran.

    BMC percaya dengan mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebenar dalam industri hiliran, mereka dapat memahami lebih baik tentang aspek operasi dan keselamatan yang terlibat dalam loji metanol sebelum penempatan industri yang sebenar ditetapkan.

    Sejurus tiba, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Inspektor Keselamatan BMC, Andy Mengga Anak Ibang. Para pelajar telah disambut dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Abdul Mu’izz bin Dato Paduka Haji Alikhan dan disambut oleh ahli Pengurusan Eksekutif BMC yang lain.

    Menurut Jesus Enrique Mora Marin, pembelajaran adalah asas pembangunan menyeluruh untuk memajukan kerjaya me-reka dalam apa jua peringkat.

    Sementara itu, Awang Abdul Mu’izz mengulangi perkara ini, sambil menambah bahawa pelajar adalah masa depan negara kita dan menggalakkan pelajar bertanya soalan semasa sesi berkenaan. Ini bukan sahaja demi pencapaian akademik mereka tetapi juga untuk pembangunan peribadi mereka.

    Para pelajar seterusnya mengadakan sesi interaktif dengan jurutera BMC daripada Pasukan Keselamatan Operasi dan Proses mengenai pelbagai topik termasuk proses penghasilan metanol; prinsip dan operasi kawalan proses dan instrumentasi; Pengurusan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE) dan proses keselamatan.

    Lawatan tersebut diakhiri dengan lawatan ke kemudahan loji BMC yang diketuai oleh pasukan Operasi HSSE BMC.

    Gambar ramai semasa lawatan pendidikan pelajar PB ke BMC, kelmarin. – Gambar serahan BMC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...