Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    BMCC rai pencapaian syarikat UK-Malaysia

    SUBANG JAYA, 22 MEI – Anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BEA) kelima 2024, yang dihoskan oleh Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) meraikan pencapaian cemerlang syarikat dari United Kingdom (UK) dan Malaysia dalam tujuh kategori.

    Dalam kalangan 48 calon, Smith & Nephew Operations Sdn Bhd, pengeluar peralatan perubatan dari Malaysia, menerima Anugerah Perniagaan Terbaik UK-Malaysia bagi amalan mampan dan penyediaan global produk ortopedik berkualitinya.

    Manakala AstraZeneca Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal dari UK, meraih Anugerah Perkongsian Terbaik UK-Malaysia bagi kerjasamanya dengan Clinical Research Malaysia, yang merangkumi ujian klinikal, mesyuarat tadbir urus dan lawatan tapak.

    Bagi penerima anugerah lain, Cardiff Metropolitan University dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima Anugerah Perkongsian Institusi Pendidikan UK-Malaysia bagi menghargai usaha kerjasama mereka yang meningkatkan reputasi dan sumbangan penting melalui permohonan geran yang berjaya dan inisiatif inovatif.

    Dyson Manufacturing Sdn Bhd menerima Anugerah Teknologi dan Inovasi atas kehebatan inovatifnya dalam membangunkan produk isi rumah unggul.

    HL Design Group Sdn Bhd, syarikat seni bina, meraih Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana Cemerlang (PKS) atas pencapaiannya meningkatkan kemahiran pekerja, berkongsi pengetahuan serantau dan menggalakkan kemampanan melalui model reka bentuk yang unik.

    Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Cemerlang (ESG) atas laporan kemampanan yang komprehensif dan
    strategi yang jelas untuk mendukung prinsip ESG.

    Manakala PricewaterhouseCoopers Malaysia pula meraih Anugerah Kepelbagaian dan Inklusif bagi pempelbagaian dasar yang inklusif dan mantap selain menyokong pengaturan kerja yang fleksibel. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...