Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMOG meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan di KB

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 28 Feb – Kumpulan Pemilik Kereta Mercedes Brunei (BMOG) menganjurkan acara Konvoi Merdeka di sini bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 Tahun 2017.

    Menurut Presiden BMOG, Haji Norahmadi bin Haji Kepli, acara tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli BMOG dengan kelab-kelab kereta yang lain sambil berkongsi minat bersama.

    Menurutnya, acara konvoi yang diadakan Ahad lalu bermula dengan berkumpul dan berlepas dari kawasan  letak kereta Pusat Boling Seria dan melintasi sekitar Pekan Seria menuju ke Pekan Belait kemudian berkumpul semula di kawasan letak kereta di Hotel V Plaza di sini.

    Antara yang menyertai Konvoi Merdeka anjuran BMOG diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 tahun 2017.
    Antara yang menyertai Konvoi Merdeka anjuran BMOG diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 tahun 2017.

    “Melalui acara tersebut BMOG mengundang beberapa kelab kereta yang lain seperti Kelab Old School Kuala Belait, Mini Classic Kuala Belait dan Kelab Pemilik Audi Brunei untuk menyerikan lagi program yang kami anjurkan tahun ini,” katanya.

    Turut menyertai sama konvoi berkenaan ialah Pengerusi BMOG, Haji Abdul Rahman bin Mohsin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda