BELAIT, 9 DIS – Biro Mencegah Rasuah (BMR) hari ini melancarkan Pusat Pencegahan Rasuah di BMR cawangan Kuala Belait sempena memperingati Hari Antirasuah Antarabangsa yang diraikan pada 9 Disember setiap tahun. Menurut kenyataan yang dikeluarkan BMR di sini hari ini, hadir merasmikan pusat tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengarah BMR, Datin