Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW 3 Series Touring diperkenal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama BMW, petang kelmarin memperkenalkan barisan baharu BMW 3 Series Touring semasa Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC)di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi.

    Majlis yang dihadiri oleh Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelanggan dan kakitangannya.

    Di samping itu, majlis tersebut juga sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan pihak media sepanjang tahun lalu dengan QAF Auto turut berkesempatan menggaul Yee Sang bersama para media.

    Sejurus selepas itu, Alisa Khoo turut memperkenalkan barisan BMW 3 Series Touring baharu yang menonjolkan kedinamikannya, inovatif dan versatil serta lengkap dalam satu pakej.

    Sempena perkenalan kereta berkenaan, QAF Auto turut menawarkan promosi menarik iaitu perkhidmatan tambahan inklusif BMW untuk tiga tahun dan lanjutan waranti tiga tahun atau 200,000 kilometer.

    “Keistimewaan-keistimewaan tersebut dihasratkan agar para pelanggan BMW tahu bahawa BMW sangat prihatin dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik,” ujar Alisa Khoo.

    Menyentuh sedikit mengenai model BMW 330i Series Touring, ia memiliki reka bentuk moden dengan panjang berukuran 4,713 milimeter (mm) dan lebar 1,827mm dengan ketinggian 1,440mm yang menunjukkan kereta itu sangat sesuai untuk golongan yang gemar kereta sporty.

    Bagi varian 330i, ia ditawarkan dengan kekuatan maksimum dilengkapi dengan teknologi TwinPower Turbo memberikan pacuan maksimum 245 kuasa kuda dan menawarkan daya kilas sehingga 400nm yang mampu menjanjikan pengalaman terbaik kepada pemandu.

    BMW 3 Series Touring baharu tampil lebih sporty. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Alisa Khoo berkesempatan menggaul Yee Sang bersama para pengamal media. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda