Monday, March 31, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW, Alibaba jalin kerjasama terapkan AI dalam kenderaan gen baharu

    HANGZHOU, 27 MAC – Pengeluar kereta Jerman, BMW dan gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan kerjasama strategik yang diperluaskan di China bagi mengintegrasikan model bahasa berskala besar (LLM) kecerdasan buatan (AI) ke dalam kenderaan generasi baharu BMW, lapor Xinhua.

    Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada strategi AI menyeluruh BMW di China, yang diperkenalkan pada Selasa dan menekankan perkongsian dengan syarikat teknologi terkemuka China dalam bidang termaju seperti LLM AI dan interaksi suara pintar.

    Kedua-dua syarikat akan bekerjasama membangunkan enjin AI berasaskan model bahasa Qwen milik Alibaba. Enjin AI tersebut akan digunakan dalam Pembantu Peribadi Pintar dalam kenderaan BMW, yang akan diperkenalkan pada model generasi baharu Neue Klasse, dibuat di China dan dijadual memasuki pasaran pada 2026.

    “Kerjasama jangka panjang kami dengan Alibaba Group menjadi contoh pertumbuhan bersama menerusi penciptaan bersama. BMW akan memperkukuh kerjasama dengan rakan teknologi China dalam mobiliti elektrik dan teknologi pintar untuk mencipta kisah menang-menang kami yang baharu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Wilayah China, Sean Green. – Bernama

    Logo syarikat pembuat kereta Jerman, BMW, kelihatan pada sebuah motosikal dalam gambar yang diambil pada 10 Mei 2023 di Munich, selatan Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda