Tuesday, April 15, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW Brunei anjur rumah terbuka, lancar model baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dalam semangat merayakan Hari Raya Aidilfitri, BMW Brunei telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya kelmarin bertempat di BMW Showroom, Beribi dan diselajurkan dengan pelancaran model terbaharu BMW 2 Series.

    Majlis pelancaran berkenaan telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Jualan Lim Eu Jin, dan Pengurus Jualan BMW, Luqman Hakim Bin Abdullah, yang bersama-sama memperkenalkan model baharu yang dinamik ini kepada para peminat BMW, pelanggan setia dan tetamu jemputan.

    “Pada hari ini, bukan sahaja kita meraikan tradisi, tetapi kita juga menyambut gaya dan inovasi – dan inilah saat yang istimewa,” kata Lim Eu Jin dalam ucapan perasmiannya. “BMW 2 Series yang baharu ini memberikan penampilan yang berani dengan reka bentuk yang bergaya serta teknologi terkini.”

    Sementara acara Rumah Terbuka berkenaan menyambut para tetamu dengan suasana Hari Raya yang meriah, lengkap dengan juadah tradisi serta sesi pandu uji secara peribadi bagi model 2 Series baharu yang dilancar berkenaan.

    Acara berkenaan juga sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia BMW dan peluang untuk memperkenalkan model baharu kepada bakal pembeli.

    BMW 2 Series yang baharu menawarkan reka bentuk yang menarik, prestasi yang mengagumkan dan sambungan teknologi terkini yang sesuai untuk pemandu moden yang mengutamakan gaya dan keseronokan memandu.

    Sempena pelancaran ini, BMW Brunei dengan sukacitanya mengumumkan tawaran istimewa early bird dengan tawaran harga istimewa apabila pelanggan membuat tempahan BMW 2 Series Gran Coupé untuk masa yang terhad.

    BMW Brunei merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir atas sokongan dan kejayaan acara ini dan menjemput semua pelanggan yang berminat untuk mengunjungi showroom di Beribi bagi melihat lebih dekat model terbaharu dari keluarga BMW ini.

    Lim Eu Jin dan Luqman Hakim bersama dua model BMW 2 Series yang dilancarkan.
    Antara pengunjung yang hadir melihat model berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara suasana semasa acara Rumah Terbuka berkenaan.
    GAMBAR-GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda