Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BMW catat keuntungan suku pertama AS$10.8b

    FRANKFURT, 5 MEI – Pengeluar kereta Jerman BMW berkata hari ini permintaan kukuh untuk jenama premiumnya membolehkannya menambah keuntungan dalam suku pertama walaupun masalah rantaian bekalan dan sekatan pandemik menjejas jualan.

    BMW berkata dalam satu kenyataan bahawa keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 260 peratus kepada 10.2 bilion euro (AS$10.8 bilion) dalam tempoh Januari hingga Mac.

    Peningkatan disumbangkan kepada penggabungan usaha sama BMW China, BMW Brilliance Automotive, kata pengeluar kereta itu. Sementara itu, pendapatan, yang diukur berdasarkan keuntungan operasi, juga adalah lebih tinggi, meningkat sebanyak 12.1 peratus kepada 3.4 bilion euro dalam tempoh Januari hingga Mac.

    “Kumpulan BMW memantapkan lagi kedudukan daya saing serta keuntungannya dalam suku pertama 2022, disebabkan permintaan mampan untuk kenderaan premiumnya,” menurut kenyataan.

    ”Bagaimanapun, meskipun tempahan penuh, masalah bekalan global untuk komponen kereta bermakna permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya,” kata BMW.

    ”Situasi juga diburukkan oleh penularan koronavirus, di mana China terutamanya bertindak dengan pelaksanaan langkah dan sekatan baharu.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo pengeluar kereta Jerman BMW di Pameran Kereta Antarabangsa di Munich, Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...