Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW Concept bakal dilancarkan

    MUNICH, 3 MAC – Kumpulan BMW akan menempa sejarah baharu dengan pelancaran kenderaan elektrik Gran Coupe.

    Kereta BMW Concept i4 itu membawa pemanduan elektrik satu pengalaman baharu dan menyediakan kecemerlangan dinamik yang menggabung reka bentuk moden, elegan dan sportif serta ruang besar dan fungsi empat pintu Gran Coupe – kesemuanya menghasilkan pengeluaran karbon sifar.

    Dalam kenyataan yang diterima, Naib Presiden Kanan Kumpulan Reka Bentuk BMW, Adrian van Hooydonk berkata “BMW Concept i4 membawa pengelektrikan kepada jenama BMW.

    Reka bentuknya bersifat dinamik, bersih dan elegan. Ketua Reka Bentuk BMW, Domagoj Dukec pula berkata bahawa reka bentuk BMW Concept i4 menunjukkan keseimbangan yang hebat, ciri-ciri yang amat berkuasa dan juga ketelitian diberikan kepada rekaan kereta tersebut. Menurutnya kereta itu memberikan keseronokan pemanduan.

    “Sebagai sebahagian daripada pakej, Concept i4 memasukkan beberapa elemen reka bentuk luar dan dalaman seperti jarak roda yang panjang, bumbung fastback, ciri-ciri aerodinamik bahagian belakang, ruang kompartmen besar, bunyi enjin senyap dan wajah menarik bahagian depan.

    Selain ciri-ciri estetik BMW Concept i4, ia juga dilengkapi teknologi e-Pandu BMW generasi kelima, yang datang bersama bateri voltan tinggi. Versi bateri unik ini amat nipis dan mempunyai kepadatan tenaga yang optimum. Teknologi ini menetapkan standard baharu dari segi kekuatan tenaga, kecekapan dan jarak dalam pemanduan pengeluaran sifar. Motor elektrik yang dibangunkan untuk BMW i4 menghasilkan output maksimum sehingga 390 kW/530 hp. Pengeluaran BMW i4 baharu akan bermula pada 2021 di kilang utama Kumpulan BMW di Munich. Syarikat itu sedang melabur kira-kira 200 juta euro dalam kilang Munich untuk menjayakan pengeluaran BMW i4.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda