Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW Motorrad anjur Majlis Rumah Terbuka TBC

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Sempena meraikan sambutan Tahun Ular, BMW Motorrad Brunei di bawah QAF Auto telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) bertempat di bilik pamerannya, Beribi, kelmarin.

    Hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah para peminat motosikal BMW dan tetamu khas.

    Bersempena acara itu, Motorrad Brunei turut memperkenalkan BMW R 1300GS Adventure dengan majlis perasmian yang disaksikan oleh Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    Dalam ucapan, Pengurus BMW Motorrad, Shan Tong berkata pe-rasmian motosikal legenda barisan GS ini turut memeriahkan acara rumah terbuka TBC di QAF Auto dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan dan peminat motosikal atas sokongan mereka menjayakan acara berkenaan.

    Shan Tong menekankan reka bentuk BMW R 1300GS yang lebih ringan,lebih kompak, enjin 1300cc yang berkuasa serta teknologi bantuan penunggang yang canggih menjadikannya bukan sekadar motosikal biasa tetapi motosikal untuk pengembaraan, penerokaan dan santai.

    Model baharu ini menetapkan penanda aras dalam pengembaraan, menawarkan prestasi yang lebih baik dan kefleksibelan untuk kedua-dua permukaan kasar dan pemanduan di lebuh raya.

    Selepas pelancaran, tetamu berpeluang melihat motosikal secara lebih dekat, dengan pasukan BMW Motorrad memberikan panduan mengenai ciri-cirinya.

    Alisa Khoo dan Shan Tong bergambar bersama motosikal BMW R 1300 GS yang baru dilancarkan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Gambar ramai semasa acara rumah terbuka QAF Auto. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda