Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BMW R 1300 GS lebih ringan, lasak

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – QAF Auto Sdn Bhd, BMW Motorrad Brunei memperkenalkan BMW R 1300 GS serba baharu untuk pasaran Negara Brunei Darussalam yang tampil bukan sahaja dengan reka bentuk serba baharu malah enjin serba baharu.

    Pelancaran motosikal berkenaan telah diadakan semasa majlis perasmian jerayawara yang berlangsung di The Mall, Gadong, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelancarannya ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan Pengurus USVS di Baiduri Finance Bhd, Awang Muhtar Ahmad dan Penolong Pengurus Baiduri Finance, Pong Bee Thing.

    Menurut kenyataan yang diberikan, BMW R 1300 GS 2024 baharu berkenaan lebih ringan berbanding model sebelumnya dan dikenali dengan ketahanan lasaknya yang menggabungkan tradisi dengan inovasi terbaharu.

    Pengurus BMW Motorrad, Shan Tong berkata, berasal dari barisan pengeluaran di Loji Kumpulan BMW di Berlin, sebuah kemudahan yang penuh dengan tradisi dan kemodenan, R 1300 GS baharu itu bukan sekadar motosikal, ia merupakan bukti komitmen BMW terhadap kecemerlangan, inovasi dan semangat pengembaraan.

    Ia didatangkan dalam empat varian iaitu GS, Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Taramuntana.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai motosikal berkuasa tinggi berkenaan, boleh datang mengunjungi jerayawara berkenaan yang berlangsung selama tiga hari atau mengunjungi bilik pameran BMW.

    Gambar ramai Alisa Khoo, Awang Muhtar Ahmad dan Pong Bee Thing bersama kakitangan QAF Auto semasa pelancaran BMW R 1300 GS di The Mall, Gadong kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda