BMW raih keuntungan dalam suku pertama

BERLIN, 7 MEI – Pembuat kereta mewah Jerman, BMW hari ini melaporkan peningkatan pendapatan dalam tiga bulan pertama tahun ini, dipacu oleh pemulihan semula dalam jualan ketika pasaran pulih daripada pandemik koronavirus.

BMW dalam satu kenyataan mengatakan keuntungan bersihnya empat kali ganda kepada 2.8 bilion euro (AS$3.4 bilion) bagi tempoh Januari sehingga Mac berbanding 574 juta euro dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil suku pertama meningkat 15 peratus kepada 26.8 bilion euro ketika jualan unit bertambah 33 peratus kepada 636,606, kata pembuat kereta itu.

“Berbanding prestasi suku pertama tahun lalu yang dijejaskan pandemik, angka kewangan utama mengunjur secara positif dalam tiga bulan pertama tahun kewangan 2021,” menurut kenyataan itu.

“Pemulihan pasaran signifikan yang bermula dalam pertengahan 2020, terus meraih momentum dalam masa tiga bulan pertama tahun ini,” tambahnya. – AFP

Gambar fail logo kereta BMW7 naho pengilang jenama BMW di Munich, Jerman. BMW mencatatkan keuntungan empat kali ganda dalam tiga tahun pertama tahun ini ketika permintaan dari China meningkat. – AP