Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – BMW X118i menjadi milik Dayang Junaidah binti Abdullah setelah berjaya memilih kunci yang tepat dan menghidupkan kereta itu pada majlis cabutan akhir promosi #Belihelix Brunei Shell Marketing (BSM) di Kompleks Membeli-belah Times Square hari ini.
Beliau yang terharu dan gembira tak terkata tidak menyangka memenangi sebuah kereta mewah hasil daripada kesetiaannya sebagai pelanggan produk Shell Helix.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)