Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – QAF Auto selaku pengedar rasmi BMW di Negara Brunei Darussalam secara rasminya telah melancarkan edisi terbaharu keluarga model BMW X, iaitu BMW X4 G02 hari ini di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi.
Hadir bagi merasmikan pelancaran model terbaharu tersebut ialah Pengurus Besar Baiduri Finance Berhad, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib dan Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan disertai oleh Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali bin Haji Metusin dan Pengurus Pemasaran Baiduri Finance, Haji Mohd Rayme bin Haji Bakri.
X4 baharu ini mempamerkan keperibadian, dinamisme, maskulin dan inovasi BMW sekali gus membuka lembaran baharu kisah kejayaan model Sport Activity Coupe pertama bagi kelas pertengahan.


Selain itu, ia juga memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik hasil reka bentuk luaran dengan naluri sebuah kereta sukan dengan nilai premium di bahagian dalaman serta teknologi kesaling-hubungan sistem bantuan pemandu.
Sehubungan dengan itu, sempena pelancarannya, QAF Auto mengadakan bilik pameran terbuka hingga 30 September sebagai peluang kepada orang ramai dan media untuk melihat dan mendaftar untuk uji pandu.