FRANKFURT, 4 Mei – Pengeluar kereta mewah Jerman, BMW berkata, mereka yakin dapat mencapai sasaran bagi tahun 2017, tatkala ia melaporkan peningkatan keuntungan pada tiga bulan pertama tahun ini. Untung bersih kumpulan telah meningkat 31 peratus tahun ke tahun kepada 2.15 bilion euro antara Januari hingga Mac, manakala perolehan pula meningkat 12.4 peratus kepada 23.45