Tuesday, October 8, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BN on the Move 2024 labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Kejohanan BN on the Move 2024 anjuran Kementerian Kesihatan melabuhkan tirainya dengan majlis penutup dan acara penyampaian hadiah bagi pemenang bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad lsham bin Haji Jaafar.

    Kejohanan yang bermula dari 20 Mei sehingga 20 September itu terbahagi kepada 4 kategori iaitu Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta dan Orang Awam dan telah berjaya dilaksanakan melalui sokongan dan penyertaan yang menggalakkan.

    Kejohanan tersebut merupakan satu lagi langkah proaktif Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk mempertingkatkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan rakyat di samping menggalakkan penggunaan aplikasi BruHealth untuk berdaya saing dalam melakukan kegiatan fizikal melalui pengiraan jumlah langkah setiap hari di pasukan dan kategori masing-masing.

    Sejak ia mula dilancarkan, seramai 31,393 peserta telah bertanding dan lebih dari 10 billion langkah telah tercapai. Jumlah penyertaan bagi kategori Kerajaan ialah sebanyak 10,875 peserta dan kategori Institusi Pengajian Tinggi seramai 4,293, Manakala, kategori Swasta adalah sebanyak 1,349 jumlah peserta dan kategori Orang Awam sebanyak 4,876 peserta.

    Pada majlis berkenaan, Kementerian Kesihatan telah diumumkan sebagai juara kategori Kerajaan Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai, diikuti oleh Kementerian Pendidikan dan tempat ketiga dimenangi oleh Kementerian Pertahanan.

    Wakil Kementerian Kesihatan selaku juara kategori Kerajaan Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai menerima hadiah.

    Juara bagi kategori Kerajaan Yang Paling Aktif dengan memperolehi jumlah purata langkah tertinggi dimenangi oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, naib juara oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sementara tempat ketiga oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri selaku juara kategori Kerajaan Yang Paling Aktif menerima hadiah.

    Juara bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai dimenangi oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), naib juara oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan tempat ketiga oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    Wakil IBTE selaku juara kategori Institusi Pengajian Tinggi Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai menerima hadiah.

    Manakala kategori Institusi Pengajian Tinggi Yang Paling Aktif dimenangi oleh Kolej International Graduate Studies, diikuti oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan tempat ketiga Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan.

    Wakil Kolej International Graduate Studies selaku juara kategori Institusi Pengajian Tinggi Yang Paling Aktif menerima hadiah.

    Seterusnya, kategori Swasta Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai dimenangi oleh Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), dikuti oleh Baiduri Bank Group dan AlA Brunei. Manakala kategori Swasta Yang Paling Aktif dimenangi oleh Darussalam Assets, diikuti oleh National Digital Payments Network (NDPX) dan Brunei Investment Agency (BlA).

    Wakil Syarikat Minyak Shell (BSP) selaku juara kategori Swasta Yang Mempunyai Peserta Paling Ramai menerima hadiah.

    Kumpulan LOLLYPOP diumumkan sebagai pemenang kategori Orang Awam. Manakala kumpulan Seri Perwira 2024 mendapat tempat kedua dan kumpulan PTES Seri Setia mendapat tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai.

    Kumpulan LOLLYPOP selaku juara kategori Orang Awam menerima hadiah.
    Wakil Darussalam Assets selaku juara kategori Swasta Yang Paling Aktif menerima hadiah.

    Majlis juga menyaksikan Darussalam Assets muncul sebagai pemenang kategori Terbaik di Antara Yang Terbaik di antara kategori Kerajaan, kategori Swasta, kategori Institusi Pengajian Tinggi dengan keseluruhan jumlah purata langkah sebanyak 1,059, 139. dan membawa pulang piala pusingan.

    Wakil Darussalam Assets selaku pemenang kategori Terbaik di Antara Yang Terbaik menerima hadiah. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Hadiah saguhati juga diberikan kepada wakil pasukan dalam kategori Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan 20 syarikat Swasta teratas. 10 peserta telah memenangi hadiah cabutan bertuah yang terbuka kepada peserta yang telah mencapai sekurang-kurangnya 4,000 langkah setiap hari di sepanjang kejohanan BN On The Move 2024. Tambahan lagi, akan ada lebih ramai pemenang cabutan bertuah yang akan diumumkan selepas acara berkenaan.

    Menurut kenyataan lagi, lebih dari 400 baju Kejohanan BN On The Move 2024 telah dijual yang mana sebahagian daripada penjualan tersebut disumbangkan kepada Tabung Amal Bantuan Pesakit (TABP).

    Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang menyumbang kepada sebahagian hadiah-hadiah bagi menjayakan Kejohanan BN on the Move 2024.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda