BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA) mengadakan Kejohanan Bola Jaring kategori Korporat sempena Pesta Bola Jaring Kitani 2023.
Menurut kenyataan daripada BNA, tahun ini, lima pasukan iaitu Bank Baiduri, Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Pihak Berkuasa Petroleum Brunei Darussalam (PABD), Dynamik Technologies dan Setia Protective Security Services (SPSS) telah menyertai pertandingan itu.
Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden BNA, Leftenan Kolonel (B) Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili, wakil dan jawatankuasa eksekutif daripada pasukan korporat, dan ahli eksekutif BNA.
Format pusingan robin dimulakan dengan perlawanan pertama antara SPSS dan PABD.
Menang bernilai dua mata, satu mata untuk seri dan kosong untuk kalah.
Jumlah mata yang diperoleh sehingga perlawanan terakhir digunakan untuk menentukan markah akhir pasukan. PABD, Bank Baiduri dan TAIB mengutip enam mata di penghujung kejohanan dengan tiga kemenangan dan satu kekalahan, jadi jumlah gol yang dijaringkan daripada semua empat perlawanan digunakan untuk menentukan pemenang.
Dengan jumlah enam mata dan 86 jumlah gol, PABD muncul juara kejohanan Bola Jaring Korporat, diikuti TAIB di tempat kedua dengan enam mata dan 77 jumlah gol, Baiduri Bank di tempat ketiga dengan enam mata dan 76 jumlah gol manakala SPSS dan Dynamik
Technologies masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
