Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BNA anjurkan Sukan Suka Ria Bola Jaring

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Bagi memberikan peluang kepada para pemain dan peminat sukan bola jaring menyertai aktiviti pada hari kelepasan awam, Dayang Syarafana Syaza binti Abdullah Samsudin dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA) menganjurkan Sukan Suka Ria Bola jaring Hujung Tahun 2022.

    Acara dua hari itu diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Acara pada hari ini dikhususkan untuk kategori wanita sahaja. Acara tersebut telah disertai oleh enam pasukan iaitu Chillmix Alpha, Chillmix Bravo, Heathers, Lighting, Spss Anchor, dan Xshot.

    Acara telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Demand4fitness dengan kerjasama Mike&mesh. Sesi penyampaian hadiah telah diadakan pada sebelah petang.

    Acara akan diteruskan lagi pada 26 Disember untuk kategori lelaki.

    Antara aksi pemain semasa Sukan Suka Ria Bola Jaring Hujung Tahun 2022 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda