Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BNM, Austrac anjur FIU antarabangsa pertama

    KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Pusat Laporan Transaksi dan Analisis Australia (Austrac) akan menganjurkan Kodaton Unit Perisikan Kewangan (FIU) Antarabangsa pertama secara bersama mulai 18 hingga 10 November depan di sini.

    Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, kodaton itu bertujuan menawarkan platform kepada komuniti perisikan kewangan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pengawal selia untuk melibatkan pakar teknologi dalam mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai teknologi, teknik dan idea babaru untuk menangani cabaran pembiayaan keganasan.

    “Hasil kodaton yang boleh dibentangkan dalam pelbagai bentuk, termasuk aplikasi langsung atau prototaip, akan menjadi prekursor dalam membina penyelesaian digital baru dan inovatif untuk membendung kemunculan pembiayaan keganasan,” katanya.

    BNM berkata, acara dua hari itu diadakan sempena Sidang Kemuncak Pembiayaan Membanteras Keganasan (CTF) pada 20 hingga 23 November 2017, sebagai sebahagian daripada usaha menyepadu dan memaksimumkan manfaat teknologi maklumat dalam membanteras pembiayaan keganasan.

    “Kodaton itu dijangka menyaksikan penyertaan daripada FIU, komuniti teknologi kewangan dan teknologi kawal selia serta individu.

    “Pemenang dan keputusan kodaton akan diumum pada Forum Inovasi Sidang Kemuncak CTF,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda