KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bank of Korea dan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap KRW/MYR dua hala.
Menurut BNM, jumlah bagi pengaturan berkenaan dikekalkan sebanyak 5 trilion Won (RM15 bilion), iaitu jumlah yang sama di bawah pengaturan awal yang dimeterai pada 20 Okt 2013.
“Pengaturan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dengan lebih luas dalam penyelesaian perdagangan.
“Langkah ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara,” menurut BNM dalam satu kenyataan di sini. – Bernama